FORMAT PENTAKSIRAN KARANGAN
BAHAGIAN B
·
5 soalan
karangan yang merangkumi skop:
i.
diri
ii.
keluarga
iii.
masyarakat
iv.
negara
v.
antarabangsa
·
Masa yang
dicadangkan ialah 1 jam 30 minit.
·
Isi
dikehendaki – minimum 3 isi penting
·
Penilaian
berdasarkan kriteria seperti lampiran
·
Karangan
Berformat
i.
Surat
Rasmi/Surat Tidak Rasmi
ii.
Ceramah/Ucapan/Syarahan
iii.
Wawancara/Dialog
iv.
Laporan/Minit
Mesyuarat
v.
Perbahasan
vi.
Berita/Rencana
·
Karangan
Tidak Berformat
i.
Peribahasa/Cogan
Kata
ii.
Pendapat/Perbincangan
Ciri-Ciri Karangan Berkualiti
1.
Takrifan
terhadap tajuk sangat tepat dan disertakan dengan contoh dan huraian yang jelas
dan bertepatan dengan kehendak soalan.
2.
Terdapat
sekurang-kurangnya 5 isi berserta dengan huraian dan contoh-contoh yang
tepat. Karangan juga mesti menunjukkan
kematangan fikiran.
3.
Bahasa
sangat memuaskan dan lancar.
4.
Cuma
terdapat kesalahan kecil tatabahasa yang tidak ketara.
5.
Terdapat
pelbagai jenis ayat.
6.
Penggunaan
kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya.
7.
Penggunaan
tanda baca yang betul dan tepat.
8.
Ejaan
yang betul.
9.
Pengolahan
yang istimewa, menarik dan sungguh berkesan.
Strategi Menulis Karangan
Bahagian B
1. Analisis Soalan
Golongan remaja merupakan aset penting kepada
negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjagi
tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada
pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan
peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
Tema : Golongan
remaja
Isu : Golongan remaja merupakan aset penting
kepada negara pada masa hadapan.
Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjagi tenaga yang akan memajukan
negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Fokus : Sebagai
remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga
hasrat tersebut.
2. Menulis
Pendahuluan
Mengandung
3 komponen ayat utama:
Ayat 1. Tema
* Definisi
Golongan remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia
di antara 15 hingga 20 tahun..
* Nilai
murni
Golongan remaja di negara ini seharusnya bersyukur
kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang aman dan makmur
seperti Malaysia.
* Kepentingan
tema
Kerajaan
meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan remaja
sebagai pewaris kegemilangan negara pada masa hadapan kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
Ayat 2. Isu
* Salin pernyataan dalam soalan
Mereka merupakan aset penting
kepada negara pada masa hadapan.
Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang akan memajukan
negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
A3. Fokus
* Bina persoalan berdasarkan fokus soalan
Persoalannya, apakah peranan
saya sebagai remaja yang berwawasan untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut?
Contoh
pendahuluan yang lengkap:
Golongan
remaja ditakrifkan sebagai golongan yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun.
Mereka merupakan aset penting
kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara,
menjadi tenaga yang akan memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara
daripada pelbagai ancaman. Persoalannya, apakah peranan saya sebagai remaja
yang berwawasan untuk mencapai
ketiga-tiga hasrat tersebut?
3. Menulis Perenggan Isi
Perenggan
Isi Pertama
Ayat
Wacana + Ayat Fokus
Pada pendapat saya, sebagai golongan yang
menjadi aset kepada negara, (AW) golongan remaja perlulah menghayati dan
mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa lampau seperti perit pedih
pejuang-pejuang negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dan penat lelah
pemimpin seterusnya memajukan negara. (AF)
Ayat
Sokongan
Hal ini demikian kerana, perjuangan
tokoh-tokoh terdahulu perlulah dijadikan inspirasi untuk meneruskan pembangunan
sekaligus melakar sejarah indah buat generasi yang akan datang pula.
Ayat
Huraian/Contoh
Golongan remaja perlu sedar bahawa bukan mudah
untuk kita mendapatkan kemerdekaan seperti sekarang. Rundingan demi rundingan,
perbincangan demi perbincangan, barulah negara berjaya membebaskan diri
daripada cengkaman kuasa asing yang telah lama beraja di mata dan bersultan di
hati di negara kita yang tercinta ini.
Ayat
Penegasan
Justeru,sebagai generasi pelapis, remaja perlu
memandang ke hadapan dan mengorak langkah dengan penuh yakin agar kemerdekaan
negara dapat dikekalkan.
Contoh
Isi 2:
Golongan remaja juga mestilah sentiasa
menguatkan iltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hal
ini demikian kerana melalui pendidikan, golongan remaja dapat menambah ilmu di
dada dan menajamkan fikiran untuk menghadapi hari mendatang. Dengan ilmu
pengetahuan juga, remaja akan sentiasa dihagai walau di mana mereka berada.
Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut akan menjadi
pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan inilah ciri-ciri yang amat
dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan dan berfikiran
luas. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab golongan remaja untuk memenuhkan
ilmu di dada dan mencari sebanyak mana pengalaman sebagai bekalan untuk menjadi
pemimpin yang disegani.
Contoh
Isi 3:
Di samping itu, golongan remaja perlulah
sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri walau di mana kita berada. Salah
satu cara untuk mencapai hasrat tersebut adalah menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan
yang tidak bermoral seperti merokok, penyalahgunaan dadah,dan kegiatan lumba
haram. Perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh ini memberi gambaran imej yang
jelas bahawa generasi muda kurang bersedia menerima amanah. Hal ini demikian
kerana pemimpin yang berakhlak buruk tidak akan dihormati rakyat,apatah lagi
untuk mencapai kecemerlangan dalam pemerintahan. Dari sudut pandangan yang
lain, generasi yang tidak bermoral ini dilihat hanya akan menjatuhkan dan
meruntuhkan kestabilan negara yang telah dicapai hampir setengah abad. Justeru,
golongan remaja harus sentiasa berhati-hati memilih rakan dan sentiasa berusaha
mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah-kancah maksiat.
Contoh
Isi 4:
Selari dengan perkembangan ekonomi dan ledakan
teknologi maklumat kini, golongan remaja perlulah sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling dan perubahan yang berlaku sama ada di dalam ataupun di luar negara.
Hal ini demikian kerana, remaja perlu sentiasa bersaing dan menggunakan peluang
yang ada dengan sebaiknya agar dapat memaksimumkan keupayaan dan kebolehan diri
sendiri,dalam usaha untuk memajukan diri, bangsa, dan negara, berfikiran luas,
terbuka, dan sentiasa rasional adalah sifat-sifat yang sangat perlu dalam
pembentukan sahsiah seseorang bakal pemimpin. Contoh yang paling tepat ialah
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia. Berkat kebijaksanaan
dan keterbukaan beliau menerima pendapat dan teguran pihak lain, beliau berjaya
memacu negara ke peringkat yang amat tinggi dan membanggakan. Oleh sebab itu,
remaja haruslah menjadikan sifat-sifat terpuji beliau sebagai pendorong dan
inspirasi untuk mengekalkan kedaulatan negara dan membawa negara ke aras yang
lebih tinggi.
Contoh
Isi 5:
Bidang sains dan teknologi amat penting dalam
era globalisasi kini. Kerajaan dan pihak swasta, semuanya menumpukan perhatian
kepada bidang yang mempunyai prospek dan masa hadapan yang cerah ini. Golongan
remaja sebagai penggerak kemajuan negara, perlulah melibatkan diri dalam
sektor-sektor berkaitan sains dan teknologi untuk memastikan perkembangan
bidang ini yang berterusan. Kita perlulah mengambil dan menggunakan sepenuhnya
peluang yang diberi agar dapat merealisasikan kemajuan sains dan teknologi.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) umpamanya menyediakan banyak peluang kepada rakyat,
khususnya kaum bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang sains dan
teknologi. Justeru, sebagai generasi
pelapis, kita perlulah melibatkankan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan
sains seperti Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Inovasi Sains, Kuiz Sains
Nasional, dan Pertandingan Mereka Laman Web.
Contoh
Isi 6:
Selain itu, golongan remaja perlu sentiasa
menyokong usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan
melalui kementerian di bawahnya untuk memajukan Malaysia. Hal ini demikian
kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak terutamanya
golongan remaja, yang merupakan kumpulan majoriti adalah sangat penting. Remaja
perlu menyahut seruan kerajaan dengan
minda terbuka dan melaksanakan segala rancangan tersebut dengan jayanya.
Contohnya, kempen membaca, kempen derma darah dan Program Latihan Khidmat
Negara. Pelbagai makna tersirat ingin disampaikan oleh kerajaan melalui
kempen-kempen yang aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan dan kementerian
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian
Pembangunan Wanita dan Keluarga. Pelbagai faedah akan diperoleh jika rancangan
dan kempen tersebut mendapat perhatian dan penghayatan daripada golongan
remaja. Antaranya, lahirlah golongan yang bersikap penyayang, matang, liberal,
dan saling membantu. Justeru, adalah sangat perlu bagi remaja memainkan peranan
mereka dalam menyokong seratus peratus dasar-dasar kerajaan.
4. Menulis
Kesimpulan
Mengandung 3 item yang utama:
i.
Saranan
ii. Harapan
iii. Rayuan/Sinis
Contoh:
Sebagai kesimpulan, golongan remaja
sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan
negara, menjadi tenaga untuk memajukan negara, dan menjaga kedaulatan negara.
Seyogia diharapkan, golongan remaja akan memandang serius segala perubahan yang
berlaku serta mengambil tahu senario politik semasa agar dapat menjadi asas
untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu membantu golongan
remaja dalam usaha untuk memastikan tampuk pemerintahan negara pada masa akan
datang akan mempunyai pelapisnya yang berwibawa.
5. Semak Karangan Anda