Make your own free website on Tripod.com

GURINDAM BARIS HADAPAN

 

Tidak berbuat walaupun tahu,

Diambil pengayuh dibuang perahu.

 

Ilmu yang tidak diamalkan akan sia-sia

 

Tidak tahu tapi berbuat,

Kayuh perahu di atas darat.

 

Melakukan sesuatu yang di luar pengetahuannya

 adalah pekerjaan yang sia-sia.

 

Banyak bercakap tak baca buku,

Macam membawa duit tak laku.

 

Orang yang tidak berilmu tetapi banyak bercakap

 akhirnya tidak dipedulikan.

 

Kurang berfikir rajin membangkang,

Bila-bila pun di baris belakang.

 

Orang yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak boleh

 memberi idea yang bernas akan diketepikan..

 

Jika ilmu dikaji teliti,

Di sungai cabaran tersedia titi.

 

Orang berilmu akan sentiasa dapat menyelesaikan

 apa jua masalah yang timbul.

 

Ilmu dituntut dengan tabah,

Yakin diri bertambah-tambah.

 

Keyakinan diri akan lebih mantap apabila lebih

 banyak ilmu ditimba.

 

Membaca buku karangan tokoh,

Bagai berpaut di dahan kukuh.

 

Ilmu bermanfaat akan memandu seseorang

 ke jalan yang benar.

 

Kembang ilmu tegap wibawa,

Seluruh rakyat tidak kecewa.

 

Ilmu yang berkembang akan melahirkan masyarakat

 yang intelek dan sejahtera.