Make your own free website on Tripod.com

DERITA PERTAMA

 

Adam ialah bapa kita

yang tercampak dari seberang dunia

kerana mencari syurga

di celah buah khuldi.

 

Penyair menceritakan sejarah Nabi Adam a.s yang

 dikeluarkan dari syurga dan dihantar ke dunia kerana

 melanggar perintah Allah s.w.t iaitu memakan buah khuldi.

 

Waktu terlantar di dunia baru

hari tengah malam

ia tidak mengerti apa yang terjadi

mulutnya bisu.

 

Ketika berada di dunia tatkala hari gelap gelita, baginda

 kaget dan keliru dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya.

 

Ia melihat sekeliling

mulai merasa cemas akan kegelapan

segumpal awan hinggap di kening

ia tidak tahu apakah itu.

 

Baginda berasa cemas dan terpinga-pinga apabila melihat

 sekeliling dunia barunya itu yang dirasakan terlalu asing baginya.

 

Sepanjang malam ia tercengang

dari hatinya mengalir sungai duka

bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan

tubuh seorang

 

Baginda tergamam dan sedih kerana terpaksa menghadapi

 situasi itu bersendirian.

 

Sepanjang malam air matanya

membelah muka bulan.

 

Sepanjang malam baginda bersedih dan mengalirkan air mata

 penyesalan sambil mengharapkan masa depan akan lebih cerah.