Make your own free website on Tripod.com

AKU MENJADI LEBIH  BERANI

 

Kali ini

kau berbaju biru

dan bajuku ungu.

Sayang, hanya aku tahu

hatimu

tidak setulus hatiku

yang berbaju ungu.

 

Walaupun selama ini secara zahir ‘aku’ merasakan ‘kau’ begitu

 ikhlas padanya namun kali ini ‘aku’ menyedari akan sikap hipokrit

 ‘kau’ berbanding dengan ketulusan hatinya.

 

Bila begini,

sebilah pisaumu aku tidak gentar

sepatah kata

bisa

aku merasa.

 

Kesedaran akan sikap berpura-pura ‘kau’ itu menjadikan ‘aku’

 sudah tidak gentar untuk menghadapi cabaran daripada perangai buruk ‘kau’.

 

Hati dan rasa mengajarku

aku menjadi lebih berani.

 

Pengalaman hidup ini menerbitkan sifat keberanian dalam

 diri dalam membuat sesuatu keputusan atau menghadapi kegetiran hidup.